بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan menyebut Asma ALLOH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
وۡحَي رَبُّكَ إِلَي النَّحۡلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الۡجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (68)
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat
sarangmu di gunung-gunung dan di pokok-pokok kayu dan juga di
bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسۡلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً
يَخۡرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَانُهُ فِيهِ شِفَاء
لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوۡمٍ يَتَفَكَّرُونَ (69)
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan
(yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang
diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari
dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi
penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada
yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi
orang-orang yang mahu berfikir .
Seperti yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t , madu adalah penawar semulajadi yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk manusia. Sebagai orang Islam kita WAJIB percaya bahawa MADU itu adalah ubat kerana itu firman Allah s.w.t. dan menyangkalnya boleh mengakibatkan kita MURTAD. Na'uzubillah min zhalik...
Antara keistimewaan madu dalam mengubat penyakit adalah Anemia. ( Kurang darah )
Anemia atau kurang darah
adalah penyakit yang di sebabkan oleh kekurangan zat besi dalam darah
sehingga proses pengeluaran darah merah tidak berada dalam keadaan terbaik. Zat besi adalah salah 1
unsur penting dalam pembentukan sel darah merah. Anemia kebanyakannya di alami oleh wanita kerana ia berkaitan dengan putaran haid yang tidak teratur.
Penderita anemia biasanya menunjukkan
gejala sebagai berikut :
1. Muka pucat, lesu, dan cepat letih.
2. Kepala sering pening dan sakit.
3. Setelah bangun dari membongkok, mata berkunang-kunang.
4. Ada rasa malas bekerja.
5. Selera makan terkadang menurun.
6. Jika berjalan, kaki terasa cepat sengal, kaku dan kebas.
7. Kadangkala pingsan.
Madu mengandungi zat-zat kimia yang sangat
bermanfaat untuk menambah jumlah hemoglobin pada sel - sel darah merah. Hal
ini telah dibuktikan berdasarkan penelitian secara ilmiah. Jadi, dapat
disimpulkan bahawa madu adalah ubatbat yang sangat bermanfaat
bagi penderita anemia.

No comments:
Post a Comment