بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan menyebut Asma ALLOH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
وۡحَي رَبُّكَ إِلَي النَّحۡلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الۡجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (68)
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat
sarangmu di gunung-gunung dan di pokok-pokok kayu dan juga di
bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسۡلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً
يَخۡرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَانُهُ فِيهِ شِفَاء
لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوۡمٍ يَتَفَكَّرُونَ (69)
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan
(yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang
diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari
dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi
penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada
yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi
orang-orang yang mahu berfikir .
Seperti
yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t , madu adalah penawar semulajadi
yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk manusia. Sebagai orang Islam kita
WAJIB percaya bahawa MADU itu adalah ubat kerana itu firman Allah
s.w.t. dan menyangkalnya boleh mengakibatkan kita MURTAD. Na'uzubillah
min zhalik...
Ubat penyakit Gannguan Saluran Pernafasan,- gangguan saluran pernafasan ini kadang - kadang dianggap remeh dan diabaikan
tanpa diubati, namun perlu anda ketahui bahawa penyakit gangguan
saluran pernafasan ini dapat menyebabkan kematian.
Penyebab Gangguan Saluran Pernafasan
Gangguan saluran pernafasan adalah gangguan yang mengenai bahagian
mana - mana saluran pernafasan, bermula dari hidung, telinga tengah, faring
(kerongkong), kotak suara (laring), bronchi, bronkhioli dan paru. Jenis
penyakit yang termasuk dalam gangguan saluran pernafasan bahagian atas
antara lain:
- Batuk, demam, selsema.
- Sakit telinga (otitis media)
- Radang Tenggorokan (faringitis)
Sedangkan jenis penyakit yang termasuk gangguan saluran pernafasan bagian bawah antara lain:
- Bronchitis
- Bronkhiolitis
- Pneumonia
Tanda - tanda penyakit Gangguan Saluran Pernafasan
- Nafas tidak teratur.
- Sesak bernafas.
- Seperti ada cairan pada suara saat bernafas.
- Badan letih dan lesu.
- Sakit bahagian dada.
- Degup jantung tidak beraturan dan berdegup dengan cepat.
- Darah Tinggi.
- Darah Rendah.
- Lemah jantung.
- Lebih banyak berpeluh.
- Stress
- Sakit kepala
- Kejang

No comments:
Post a Comment