بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan menyebut Asma ALLOH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
وۡحَي رَبُّكَ إِلَي النَّحۡلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الۡجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (68)
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat
sarangmu di gunung-gunung dan di pokok-pokok kayu dan juga di
bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسۡلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً
يَخۡرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَانُهُ فِيهِ شِفَاء
لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوۡمٍ يَتَفَكَّرُونَ (69)
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan
(yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang
diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari
dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi
penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada
yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi
orang-orang yang mahu berfikir .
Seperti
yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t , madu adalah penawar semulajadi
yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk manusia. Sebagai orang Islam kita
WAJIB percaya bahawa MADU itu adalah ubat kerana itu firman Allah
s.w.t. dan menyangkalnya boleh mengakibatkan kita MURTAD. Na'uzubillah
min zhalik...
Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.
Di Malaysia,
penyakit Ttibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama
kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di
antara tahun 1945 hingga 1957.Kini, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering
di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64
kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri
Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat
penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar
dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.
Tanda dihidapi penyakit
- Batuk berdarah atau berkahak.
- Sakit di bahagian dada.
- Lemah dan keletihan.
- Susut berat badan.
- Kehilangan selera.
- Menggigil.
- Demam.
- Berpeluh waktu malam.
Mereka Mungkin Diserang:
Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:- Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
- Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
- Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
- Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
- Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
- Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.


